Kerjaya Keita Mandjou

Kelab

Keita memulakan kerjaya profesional sebagai pemain bola sepak di Perak, dengan penampilan pertama beliau pada 12 September 2004 menentang PKNS FC. Beliau telah menjadi keterujaan peminat Perak FA sehingga selepas perlawanan tersebut, beliau telah diarak keluar oleh para peminat.[1] Beliau juga memainkan peranan utama atas kejayaan Perak FA dalam Piala FA yang telah menyebabkan lanjutan kontrak beliau dengan pasukan Perak FA dalam liga MSL 2005.

Keita telah memenangi Anugerah Kasut Emas dalam musim Liga Super Malaysia 2005–06, dengan menyumbat 17 gol. Beliau juga ialah 3 orang calon untuk Anugerah Pemain Import Popular dalam anugerah yang julung kalinya diadakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia, tetapi beliau tidak memenanginya.[2]

Beliau telah dikaitkan dengan perpindahan ke sebuah kelab Indonesia, iaitu Persija Jakarta pada tahun 2007,[3] tetapi beliau tidak membiarkan khabar angin tersebut menjejaskan prestasinya di padang, dan sekali lagi menjadi penjaring gol terbanyak bagi Liga Super Malaysia 2006-07.

Keita telah dilepaskan daripada kontraknya pada penghujung musim 2007 kerana "isu keluarga", dan selepas beberapa kali mencuba nasib untuk menjadi pemain dalam pasukan kelab Perancis, FC Lorient.[4] beliau telah menandatangani kontrak dengan pasukan Brunei, Brunei DPMM FC, dan bermain satu musim dengan pasukan tersebut dalam Liga Singapura.

Pada Januari 2009, Keita telah menandatangani kontrak dengan Portland Timbers dalam Liga Bahagian I USL.[5] Keita telah memilih untuk bermain sebagai penyerang, tetapi sekali sekala akan bermain di bahagian tengah dan membantu 2 orang penyerang.

Pada musim USL-1-2009, Portland telah meminjamkan Keita kepada kelab Salgaocar S.C. yang bermain dalam I-League.[6] Keita telah kembali kepada Portland pada April 2010.[7]

Selepas kembali kepada pasukan Timbers daripada pinjamannya, Keita gagal mendapatkan rentaknya dalam musim 2010. Keita muncul dalam 10 perlawanan liga dan hanya menjaringkan 1 gol. Pada 1 September 2010, Keita telah dipindahkan ke sebuah kelab dari India, Pune FC.[8]

Pune FC

Pada 3 Disember 2010, Keita memulakan perlawanan pertama Pune FC dalam musim tersebut, dengan keputusan seri, 1-1 menentang Mohun Bagan. Pada 30 Januari 2011, Keita telah menyumbat hatrik pertama untuk pasukan tersebut ketika menentang JCT Mills dalam I-League.

Kelantan FA

Selepas dua musim bersama Pune FC, Keita telah kembali ke Malaysia dan telah menyertai Kelantan FA sebagai pemain import keempat untuk pertandingan Piala AFC 2012[9] Bagaimanapun, beliau tidak dapat bermain untuk Kelantan FA dalam Piala AFC 2012 kerana mempunyai masalah dengan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC).

Rujukan

WikiPedia: Keita Mandjou http://www.liberiansoccer.com/the_profile_of_the_g... http://www.mercato365.com/la-une/article_194228_Lo... http://www.oursportscentral.com/services/releases/... http://www.portlandtimbers.com/newsroom/pressrelea... http://www.portlandtimbers.com/team/roster/index.h... http://www.portlandtribune.com/sports/story.php?st... http://punefc.com/news-details.aspx?News_ID=191&ty... http://www.yob4ever.com/forum/index.php?showtopic=... http://www.yob4ever.com/v2/modules.php?name=League... http://www.yob4ever.com/v2/modules.php?name=News&f...